Belajar membaca
sangat penting terutamanya pada era globalisasi ini. Masyarakat yang tidak
memiliki kemahiran membaca akan menjadi masyarakat yang mundur. Hal ini berlaku
kerana dalam masyarakat hari ini kebanyakan maklumat disampaikan secara
bertulis. Secara logiknya, masyarakat yang tidak tahu membaca akan mengalami
kesukaran untuk berfungsi sebagai ahli masyarakat.
Perkara asas
dalam belajar membaca ialah penguasaan huruf, perbendaharaan kata dan tumpuan.
Belajar membaca harus dipupuk sejak kanak-kanak lagi kerana proses menerima
ketika kanak-kanak lebih mudah berbanding orang dewasa. Ibu bapa dan guru
merupakan individu penting dalam memastikan anak-anak atau murid-murid
memperolehi kemahiran membaca. Namun begitu, tahap penguasaan membaca
kanak-kanak tidak boleh terlalu awal dan tidak berterusan, usaha itu akan
menjadi sia-sia manakala jika terlalu lewat, mungkin kana-kanak akan berasa
tidak selesa dan rendah diri.
Ramai orang
berpendapat bahawa kanak-kanak harus dilatih membaca sekitar umur lima hingga
enam tahun. Jika kanak-kanak didedahkan terlalu awal belajar membaca tetapi
tidak secara konsisten atau susulan akan menyebabkan proses belajar membaca mereka
terganggu. Persekitaran rumahtangga juga menyumbang kepada belajar membaca
kanak-kanak. Misalnya ibu bapa yang gemar membaca dan sentiasa menggalakkan
anak-anak mereka membaca sejak kecil lagi akan menyebabkan anak-anak mampu
menguasai belajar membaca dengan cepat dan cekap. Ibu bapa yang rajin bercerita
atau menyediakan bahan bacaan ringan kepada anak-anak mampu memupuk minat
anak-anak dalam belajar membaca.
Kanak-kanak
sememangnya sukakan penghargaan. Mereka akan meneruskan sesuatu perkara itu
sekiranya mendapatkan penghargaan. Cara ini sepatutnya diaplikasikan oleh ibu
bapa dan guru dalam melatih kanak-kanak belajar membaca. Misalnya, janjikan
sesuatu yang digemari anak-anak seperti keluar bersiar-siar, belikan hadiah
atau makan diluar sekiranya anak-anak mampu menghabiskan bahan bacaan dan mampu
menceritakan semula. Penghargaan bukan sahaja berbentuk material tetapi kata
pujian juga merupakan satu penghargaan. Keluarkan kata-kata pujian kepada
kanak-kanak yang mampu menguasai belajar membaca nescaya mereka akan lebih
konsisten untuk membaca pada masa akan datang.
video belajar membaca suku kata (bahagian 1 )video belajar membaca suku kata ( bahagian 2 )
Tiada ulasan:
Catat Ulasan