Alih bahasa

Rabu, 15 Mei 2013

Masalah mentafsir bentuk bertulis



1.        Masalah mengenal bentuk huruf

Seringkali keliru dengan huruf yang kelihatan sama, terbalik dan songsang

a)     Huruf-huruf yang hampir sama
      m-n,  h-n,  f-t,  i-j,  c-e,  r-t

b)     Huruf-huruf kecil yang mempunyai bentuk terbalik
      u-m,  w-m,  g-b,  h-y

c)     Huruf-huruf kecil yang berbentuk songsang
     b-d,  b-p,  p-q


2.        Masalah menyebut bunyi huruf

a)   Tidak boleh membezakan bunyi huruf yang hampir sama
     d-t,  b-p,  m-n,  f-z

b)   Tidak boleh menyebut  bunyi konsonon bergabung
     kh,  ng,  sy,  sy

c)   Keliru dengan bunyi
    ja,  ga,  gi,  ji 


3.        Masalah tidak boleh menyebut nama huruf dengan betul

a)   Keliru menyebut nama huruf yang seakan-akan sama bentuk
     m-n,  n-h,  n-r,  r-t,  i-j,  c-e,  f-t  

b)  Menyebut bunyi nama huruf mengikut bunyi bahasa ibunda atau dialek
    l-r,  l-yel,  m-hem,  z-je,  o-wo


4.        Masalah membaca huruf besar

a)   Keliru dengan mengenal bentuk huruf besar yang seakan-akan sama
    D-P,  I-T,  M-N,  E,F
b)  Keliru dengan mengenal bentuk huruf besar yang terbalik
   N-Z, M-W, L-T, 

c)  Keliru dengan menamakan huruf besar dan huruf kecil kerana bentuk yang berlainan
     A-a,  B-b,  D-d,  E-e,  G-g,  L-l,  Q-q


5.        Masalah tidak boleh membatang suku kata dengan betul
a) Tidak boleh membezakan bunyi suku kata yang ada e-pepet dan e-taling
    Perang-perang,  bela-bela,  sepak-sepak

b)Tidak boleh membunyikan perkataan dengan betul setelah mengeja dan membatang suku         kata
     ti-ga = di-la

c)   Tidak boleh membatang perkataan yang mengandungi lebih daripada suku kata
     sekolah = sekol-ah
d)   Tidak boleh membatang suku kata dalam perkataan yang mempunyai imbuhan ‘me’.
     memukul = mem-ukul

e)   Tidak boleh membunyikan konsonan bergabung awal yang bermula dengan ‘ng’, ;sy’, ‘ny’.
     ngantuk-gantuk, syarikat-siarikat, nyenyak-nenyak


6.        Masalah menyebut perkataan dengan lancar

a)    Boleh menyebut bunyi huruf bukan bunyi perkataan
     e-m-a-k = ?

b)  Tidak boleh membaca perkataan tanpa menyebut bunyi huruf-huruf perkataan
     i-k-a-n = ikan

c)    Sering mengubah ganti bunyi suku kata dalam perkataan
     Lari=laki,  marah=merah

d)  Meninggalkan sesetengah bunyi huruf atau suku kata dalam perkataan
    Marah=mara, kepada=pada

e)    Masalah menyebut perkataan yang seakan-akan sama rupanya.
     Kepala=kelapa, rambut=rumput

f)   Salah menyebut perkataan yang sama dengan ejaan bahasa Inggeris
    Atom= ‘atom’, air= ‘air’

g)   Salah menyebut perkataan yang seakan sama bunyinya
    Rakyat= layak, dalam=talam

h)  Menyebut perkataan mengikut dialek
    Air=ayer,  malas-malah
     
7. Masalah membaca ayat-ayat dengan lancar

a)   Sering meninggalkan atau menambahkan perkataan semasa membaca ayat
    Saya nak pergi ke pasar = saya nak ke pasar
b)   Sering mengulangi sesetengah perkataan
     Saya suka... suka makan...nasi..nasi ayam

c)   Sering meninggalkan imbuhan dalam perkataan semasa membaca ayat
     Ibu memasak di dapur = ibu masak di dapur

d)   Tidak memahami makna ayat semasa membaca
     Mereka suka membaca buku = mereka...suka membaca..buku




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

http://onlynurul.blogspot.com/