Secara luaran kita mungkin mengatakan bahawa ‘bacaan’ itu adalah ‘membaca’, menukar grafik kepada ‘makna’ dan seterusnya memahami keseluruhan apa yang dibaca. Sebenarnya ‘bacaan’ boleh dibahagikan kepada beberapa jenis seperti:
1.Bacaan
Mekanis2.Bacaan
Mentalis3.Bacaan
Intensif4.Bacaan
Ekstensif
Bacaan Mekanis
}Bacaan
mekanis adalah
bacaan kuat
yang mementingkan
sebutan huruf
dan bunyi
dengan betul,
membaca mengikut
intonasi,
nada dan tekanan
yang betul. Bahan
bacaan yang
digunakan dalam
bacaan mekanis
terdiri daripada
perkara yang
mudah difahami
dan tidak
membebankan fikiran.
Bacaan Mentalis
}Bacaan
mentalis atau
dikenali juga
sebagai bacaan
akaliah merupakan
bacaan secara
senyap. Aspek-aspek
kefahaman diberikan
penekanan, sementara
aspek-aspek sebutan,
nada, tekanan dan
intonasi tidak
ditekankan dalam
bacaan ini.
Bacaan Intensif
Bertujuan
memperkembangkan
kebolehan dalam
meneliti, memaham
dan mentafsir
apa sahaja
yang dibaca dengan
tepat. Di samping
itu, bacaan
intensif memberi
tekanan kepada
kajian-kajian
terhadap ciriciri
tatabahasa, meneliti
pembentukan dan
penggunaan perkataan,
serta pemakaian
bahasa itu
dalam konteks
dan situasi
yang berlainan. Latihan
bacaan intensif
biasanya memerlukan
bimbingan dan
bantuan penuh
daripada
guru-guru terutama dalam
menghadapi dan
menyelesaikan
masalah yang
dihadapi oleh
murid.
Bacaan Ekstensif
Bacaan
ekstensif ialah
bacaan meluas
yang menekankan aktiviti-aktiviti
membaca yang
dilakukan di
luar kelas.
Bacaan ekstensif
biasanya memberi
tumpuan kepada
beberapa aspek
terutamanya menitikberatkan
aspek pengukuhan
asas bacaan,
menambah kemahiran
memaham dan
menaakul isi
bacaan, meningkatkan
kepantasan membaca,
membina dan
mengukuh minat
membaca dan
kebolehan memetik
isi-isi penting.
Mengikut kebiasaannya,
melalui bacaan
ekstensif ini
murid akan
dapat kepuasan
dan keseronokan
di samping
berpeluang menimba
ilmu pengetahuan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan