-Bagi memastikan pelajar menguasai kemahiran membaca,
guru perlu menggunakan pendekatan yang sesuai.
-Pemilihan pendekatan ini pula perlu mengambil kira
aspek kebolehan pelajar membaca, teks yang digunakan serta pengalaman pelajar.
Pengajaran asas membaca
~ Pendekatan
ini meliputi aktiviti mengajar membaca beberapa
kemahiran membaca yang biasa pada
situasi membaca yang pelbagai seperti tujuan rekreasi, mencari maklumat dan
bimbingan.
~ Pendekatan
asas membaca juga menekankan kesinambungan pengulangan dan mengulang kaji
beberapa perkara yang sudah di ajarkan sebelumnya.
~ Penambahan
kepada beberapa perkara yang sudah di ajarkan dalam pengajaran membaca dapat
membantu menguasai kemahiran membaca.
~ Pola
perbendaharaan kata dan ejaan perlu diperkenalkan dalam gaya yang sistematik.
Kaedah pengajaran membaca asas
Ø Pendekatan
ini penting dikuasai terutama pada peringkat awal penguasaan kemahiran membaca.
Ø Guru
perlu memikirkan kebolehan pelajar serta pengalaman membaca terdahulu.
Ø Prinsip
pengajarannya di nyatakan seperti berikut :
Pengajaran perkembangan kemahiran
Ø Guru
menuliskan perkataan di papan hitam. Di samping itu membulatkan perkataan yang
mempunyai bunyi yang sama.
Pelajaran Membaca Secara Terarah
Terbahagi
kepada lima cara iaitu :
A)
Motivasi
Berdasarkan
latar belakang, kuiz, menyelesaikan masalah dan sebagainya.
B)
Persediaan latar belakang
Apabila
terdapat perkataan yang sukar atau asing, tuliskan di papan hitam dan minta
pelajar meletakkan dalam petikan ataupun menggunakan dalam perbualan. Pelajar
boleh juga meneka maknanya dalam konteks.
C)
Menetapkan tujuan
Guru
dan pelajar sama-sama menguji pilihan dan yang diberikan. Adakah bahan itu
melucukan, belajar membuat sesuatu, menjawab soalan atau menyelesaikan masalah.
D)
Membaca secara senyap atau lisan secara terarah
Pelajar
diarahkan membaca teks pilihan dan menjawab soalan semasa membaca secara
senyap. Guru boleh pergi kepada individu dan minta pelajar secara individu
membaca secara kuat serta bertanya apa
yang didapati atau di fahami dan masalah
yang timbul. Berikan juga perhatian kepada pelajar yang lemah.
E)
Tindak balas dan perluasan
Pelajaran
membaca diikuti dengan aktiviti yang memberi pelajar pilihan mempraktikkan
kemahiran yang diperoleh.
Buku
kerja, pengajaran kendiri helaian aktiviti boleh di gunakan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan