Alih bahasa

Rabu, 15 Mei 2013

Masalah mentafsir bentuk bertulis



1.        Masalah mengenal bentuk huruf

Seringkali keliru dengan huruf yang kelihatan sama, terbalik dan songsang

a)     Huruf-huruf yang hampir sama
      m-n,  h-n,  f-t,  i-j,  c-e,  r-t

b)     Huruf-huruf kecil yang mempunyai bentuk terbalik
      u-m,  w-m,  g-b,  h-y

c)     Huruf-huruf kecil yang berbentuk songsang
     b-d,  b-p,  p-q


2.        Masalah menyebut bunyi huruf

a)   Tidak boleh membezakan bunyi huruf yang hampir sama
     d-t,  b-p,  m-n,  f-z

b)   Tidak boleh menyebut  bunyi konsonon bergabung
     kh,  ng,  sy,  sy

c)   Keliru dengan bunyi
    ja,  ga,  gi,  ji 


3.        Masalah tidak boleh menyebut nama huruf dengan betul

a)   Keliru menyebut nama huruf yang seakan-akan sama bentuk
     m-n,  n-h,  n-r,  r-t,  i-j,  c-e,  f-t  

b)  Menyebut bunyi nama huruf mengikut bunyi bahasa ibunda atau dialek
    l-r,  l-yel,  m-hem,  z-je,  o-wo


4.        Masalah membaca huruf besar

a)   Keliru dengan mengenal bentuk huruf besar yang seakan-akan sama
    D-P,  I-T,  M-N,  E,F
b)  Keliru dengan mengenal bentuk huruf besar yang terbalik
   N-Z, M-W, L-T, 

c)  Keliru dengan menamakan huruf besar dan huruf kecil kerana bentuk yang berlainan
     A-a,  B-b,  D-d,  E-e,  G-g,  L-l,  Q-q


5.        Masalah tidak boleh membatang suku kata dengan betul
a) Tidak boleh membezakan bunyi suku kata yang ada e-pepet dan e-taling
    Perang-perang,  bela-bela,  sepak-sepak

b)Tidak boleh membunyikan perkataan dengan betul setelah mengeja dan membatang suku         kata
     ti-ga = di-la

c)   Tidak boleh membatang perkataan yang mengandungi lebih daripada suku kata
     sekolah = sekol-ah
d)   Tidak boleh membatang suku kata dalam perkataan yang mempunyai imbuhan ‘me’.
     memukul = mem-ukul

e)   Tidak boleh membunyikan konsonan bergabung awal yang bermula dengan ‘ng’, ;sy’, ‘ny’.
     ngantuk-gantuk, syarikat-siarikat, nyenyak-nenyak


6.        Masalah menyebut perkataan dengan lancar

a)    Boleh menyebut bunyi huruf bukan bunyi perkataan
     e-m-a-k = ?

b)  Tidak boleh membaca perkataan tanpa menyebut bunyi huruf-huruf perkataan
     i-k-a-n = ikan

c)    Sering mengubah ganti bunyi suku kata dalam perkataan
     Lari=laki,  marah=merah

d)  Meninggalkan sesetengah bunyi huruf atau suku kata dalam perkataan
    Marah=mara, kepada=pada

e)    Masalah menyebut perkataan yang seakan-akan sama rupanya.
     Kepala=kelapa, rambut=rumput

f)   Salah menyebut perkataan yang sama dengan ejaan bahasa Inggeris
    Atom= ‘atom’, air= ‘air’

g)   Salah menyebut perkataan yang seakan sama bunyinya
    Rakyat= layak, dalam=talam

h)  Menyebut perkataan mengikut dialek
    Air=ayer,  malas-malah
     
7. Masalah membaca ayat-ayat dengan lancar

a)   Sering meninggalkan atau menambahkan perkataan semasa membaca ayat
    Saya nak pergi ke pasar = saya nak ke pasar
b)   Sering mengulangi sesetengah perkataan
     Saya suka... suka makan...nasi..nasi ayam

c)   Sering meninggalkan imbuhan dalam perkataan semasa membaca ayat
     Ibu memasak di dapur = ibu masak di dapur

d)   Tidak memahami makna ayat semasa membaca
     Mereka suka membaca buku = mereka...suka membaca..buku




Rabu, 8 Mei 2013

Pendekatan Dalam mengajar Membaca


-Bagi memastikan pelajar menguasai kemahiran membaca, guru perlu menggunakan pendekatan yang sesuai.

-Pemilihan pendekatan ini pula perlu mengambil kira aspek kebolehan pelajar membaca, teks yang digunakan serta pengalaman pelajar.

Pengajaran asas membaca

—~ Pendekatan ini meliputi aktiviti mengajar membaca beberapa  kemahiran membaca  yang biasa pada situasi membaca yang pelbagai seperti tujuan rekreasi, mencari maklumat dan bimbingan.

~ —Pendekatan asas membaca juga menekankan kesinambungan pengulangan dan mengulang kaji beberapa perkara yang sudah di ajarkan sebelumnya.

~ —Penambahan kepada beberapa perkara yang sudah di ajarkan dalam pengajaran membaca dapat membantu menguasai kemahiran membaca.

—~ Pola perbendaharaan kata dan ejaan perlu diperkenalkan dalam gaya yang sistematik.

~ Perkataan dan elemen-elemen perkataan dikawal dan diperkenalkan merujuk kepada andaian bilangan perkataan yang dapat dipelajari dalam waktu tertentu

Kaedah pengajaran membaca asas

Ø Pendekatan ini penting dikuasai terutama pada peringkat awal penguasaan kemahiran membaca.

Ø Guru perlu memikirkan kebolehan pelajar serta pengalaman membaca terdahulu.

Ø Prinsip pengajarannya di nyatakan seperti berikut :

Pengajaran perkembangan kemahiran
Ø  Guru menuliskan perkataan di papan hitam. Di samping itu membulatkan perkataan yang mempunyai bunyi yang sama.

Pelajaran Membaca Secara Terarah
Terbahagi kepada lima cara iaitu :
A) Motivasi
Berdasarkan latar belakang, kuiz, menyelesaikan masalah dan sebagainya.

B) Persediaan latar belakang

Apabila terdapat perkataan yang sukar atau asing, tuliskan di papan hitam dan minta pelajar meletakkan dalam petikan ataupun menggunakan dalam perbualan. Pelajar boleh juga meneka maknanya dalam konteks.

C) Menetapkan tujuan

 —Guru dan pelajar sama-sama menguji pilihan dan yang diberikan. Adakah bahan itu melucukan, belajar membuat sesuatu, menjawab soalan atau menyelesaikan masalah.

D) Membaca secara senyap atau lisan secara terarah

Pelajar diarahkan membaca teks pilihan dan menjawab soalan semasa membaca secara senyap. Guru boleh pergi kepada individu dan minta pelajar secara individu membaca secara kuat  serta bertanya apa yang  didapati atau di fahami dan masalah yang timbul. Berikan juga perhatian kepada pelajar yang lemah.

E) Tindak balas dan perluasan
Pelajaran membaca diikuti dengan aktiviti yang memberi pelajar pilihan mempraktikkan kemahiran yang diperoleh.
Buku kerja, pengajaran kendiri helaian aktiviti boleh di gunakan.

Isnin, 6 Mei 2013

Jenis-jenis Bacaan


Secara luaran kita mungkin mengatakan bahawa bacaan itu adalahmembaca, menukar grafik kepadamakna dan seterusnya memahami keseluruhan apa yang dibaca. Sebenarnya bacaan boleh dibahagikan kepada beberapa jenis seperti:


1.Bacaan Mekanis2.Bacaan Mentalis3.Bacaan Intensif4.Bacaan Ekstensif

Bacaan Mekanis

}Bacaan mekanis adalah bacaan kuat yang mementingkan sebutan huruf dan bunyi dengan betul, membaca mengikut intonasi, nada dan tekanan yang betul. Bahan bacaan yang digunakan dalam bacaan mekanis terdiri daripada perkara yang mudah difahami dan tidak membebankan fikiran.

Bacaan Mentalis

}Bacaan mentalis atau dikenali juga sebagai bacaan akaliah merupakan bacaan secara senyap. Aspek-aspek kefahaman diberikan penekanan, sementara aspek-aspek sebutan, nada, tekanan dan intonasi tidak ditekankan dalam bacaan ini.

Bacaan Intensif

Bertujuan memperkembangkan kebolehan dalam meneliti, memaham dan mentafsir apa sahaja yang dibaca dengan tepat. Di samping itu, bacaan intensif memberi tekanan kepada kajian-kajian terhadap ciriciri tatabahasa, meneliti pembentukan dan penggunaan perkataan, serta pemakaian bahasa itu dalam konteks dan situasi yang berlainan. Latihan bacaan intensif biasanya memerlukan bimbingan dan bantuan penuh daripada guru-guru terutama dalam menghadapi dan menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh murid.

Bacaan Ekstensif

Bacaan ekstensif ialah bacaan meluas yang menekankan aktiviti-aktiviti membaca yang dilakukan di luar kelas. Bacaan ekstensif biasanya memberi tumpuan kepada beberapa aspek terutamanya menitikberatkan aspek pengukuhan asas bacaan, menambah kemahiran memaham dan menaakul isi bacaan, meningkatkan kepantasan membaca, membina dan mengukuh minat membaca dan kebolehan memetik isi-isi penting. Mengikut kebiasaannya, melalui bacaan ekstensif ini murid akan dapat kepuasan dan keseronokan di samping berpeluang menimba ilmu pengetahuan.

Jumaat, 3 Mei 2013

Masalah-masalah dalam mendalami bacaan.



1.    Tidak memahami perkataan dan frasa yang berkaitan dengan waktu seperti selepas, sudah, sebelum, pagi, sekejap dan sebagainya.

2.    Tidak memahami maksud perkataan dalam pelbagai situasi atau kiasan. Misalnya:
“Panjatlah pokok itu tinggi-tinggi lagi.”

Maksudnya: melarang daripada memanjat pokok itu tinggi-tinggi.

3.    Tidak memahami atau membuat urutan idea atau peristiwa yang terdapat dalam bahan bacaan khususnya apabila menceritakan semula apa yang dibaca.

4.    Lambat memberi tindak balas khususnya apbila tidak memahami arahan yang diberikan.

Khamis, 2 Mei 2013

Tingkah laku yang bermasalah dalam membaca



ü  Teragak-agak

ü  Bacaan tersekat-sekat

ü  Membatang suku kata terlebih dahulu sebelum dapat menyebut seluruh perkataan

ü  Membaca terlampau cepat/gopoh tanapa mengambil kira tanda bacaan

ü  Menunujuk perkataan dengan jari semasa membaca

ü  Membaca secara merangkak-rangkak/lambat

ü  Suara perlahan/tidak jelas

ü  Tingkah laku yang tidak selesa

ü  Merapatkan bahan bacaan ketika membaca

ü  Cuba mengelak untuk membaca

ü  Tidak boleh membaca langsung
http://onlynurul.blogspot.com/